Rasulullah S.A.W Bersabda:
"Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada asobiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena asobiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana asobiyah." (Riwayat Abu Daud)
Tidak ada keistimewaan khusus kerana warna kulit, kerana jenis dan kerana tanah air. Dan tidak halal seorang muslim merasa fanatik (ta'asshub) kerana warna kulitnya melebihi kulit orang lain, kerana golongannya melebihi golongan lain dan kerana daerahnya melebihi daerah orang lain.
Dan tidak halal pula seorang muslim membela golongannya kerana ta'asshub baik dalam kebenaran, kebatilan, keadilan dan kemaksiatan.
Siapa Ibrahim Ali Mahu Jadi Ikon?
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.
Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.
Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.
"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)itu bukanlah nama yang asing lagi dalam arena politik negara.
Malah tindak-tanduk beliau mempertahankan institusi Melayu kerap kali diragui dan bercanggah dengan perjuangan masyarakat Melayu sendiri.
Terbaru, beliau dengan angkuh mengatakan akan membawa 15 ribu ahli Perkasa turun di jalanan menentang Bersih 2.0, namun membatalkannya di saat akhir.
Malah Ibrahim terdahulu mengugut kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan itu dan mahu mereka tinggal di dalam rumah di samping menyediakan stok makanan kerana "apa sahaja boleh berlaku" pada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan,"beliau dipetik sebagai berkata.
Malah Ibrahim juga sebelum itu mencabar akan melancarkan perang salib terhadap penganut Kristian yang mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini walhal Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya melakukan kehancuran.
Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak Mei lalu, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam” hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang tidak terbukti kesahihannya.
Malah Utusan juga ketika itu hanya memetik penulis blog sahaja.
Perbuatan Ibrahim itu mendapat kritikan keras banyak pihak termasuk pimpinan dalam seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Khalid juga berpendapat, pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UitM) meremehkan status ikon yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa di institusi terbabit.
UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Butiran terperinci mengenai anugerah berkenaan telah dimuat turun oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM di laman webnya.
Jelas Khalid, tindakan UiTM menerima tawaran Ibrahim itu sekaligus bercanggah dengan visi institusi pendidikan itu sendiri yang mahu menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
"Jenis pengurusan dan pentadbiran universiti yang ditugaskan untuk mencorakkan pelajar Bumiputera dan boleh terima tawaran sebegitu, maka mereka akan merosakkan pemikiran anak-anak Bumiputera kita ini,"ujar beliau.
"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.
Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.
Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.
Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
TVS
SELAMAT DATANG BUAT SEMUA DI BLOG LAMAN PUTERA™
MENULIS BUKAN KERANA NAMA,PANGKAT N KUASA KERANA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN DAN MENYATAKAN KASIH SAYANG N MENEGAKKAN KEBENARAN DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA...
Pengikut
Selasa, 19 Julai 2011
"SUNGGUH KEJAM, TANAH ADAT KAMI DIRAMPAS."
Kerajaan Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri. Rampasan tanah khususnya di kawasan Pedalaman Sabah yang dilakukan Konglomerat berkenaan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan. Senario ini banyak berlaku di kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran.
Seorang penduduk pedalaman dihimpit masalah ini, Jakiy Tayan Taja menghubungi Sabahkini.Net meminta agar isu rampasan tanah di kampungnya didedahkan untuk pengetahuan umum dan menagih simpati rakyat Sabah.
Menurut Tayan, Kampung Bawang diasaskan oleh O.T Linotupan Santopo pada 1946 lagi sebagai penempatan perkampungan untuk orang Sungai di Sugut agar tidak merempat di tanah air mereka sendiri. Manakala Kampung Tangkarason pula diterokai sebagai penempatan perkampungan pada 1977 oleh Majupi OT Linotupan.
“Tindakan kejam Jabatan Tanah dan Ukur merampas tanah adat yang diusahakan Anak Negeri sejak sekian lama tanpa sebarang pampasan adalah terlalu kejam, seiras dengan Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestine di Semenanjung Gaza,” kata Tayan yang meyakini Wakil Rakyat turut bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur, meluluskan tanah adat kepada syarikat besar daripada Semenanjung.
Tegas Tayan, Kerajaan dan Wakil Rakyat BN sekarang terlalu mengagung-agungkan dan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada membela kepentingan Orang Asal Sabah sehingga bukan sahaja hak mereka dirampas; malah terpinggir serba serbi.
Dengan pemilikan lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, kata Tayan, maka hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan BN membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.
Katanya Tayan lagi, rakyat Sabah marah kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.
“Sekarang pemimpin kerajaan BN/UMNO sombong dan bongkak terhadap para penduduk asli tempatan sejak BN/UMNO mempunyai Fixed Deposit 1.2 Juta PATI yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana PATI adalah sebagai penentu kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU-13),” ujar Tayan yang kesal kerana tidak ada pemimpin BN yang berani membela Anak Negeri yang ditindas.
[SabahKini]
Langgan:
Catatan (Atom)
sokong BERS√H 2.0 Bersama kami..

