Bersih telah meminta pihak polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun — perkembangan terbaru selepas pasukan keselamatan menahan lebih 100 orang setakat ini. Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan PDRM akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.
“Kami telah memberitahu mereka, pihak polis, sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya, atau ke mana-mana,” kata beliau di pekarangan ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.
“Anda pilih laluan, kami akan ikut. Dan, kami akan jalankan dengan aman,” katanya lagi.
Kata Ambiga, berdasarkan peruntukan undang-undang polis dikehendaki memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan dan pada masa yang sama boleh menahan mereka yang enggan berhimpunan secara aman.
Ambiga berkata Ismail tidak memberikan sebarang respons ke atas permintaannya itu ketika pertemuan yang “sangat mesra” tetapi menekankan, beliau masih yakin Bersih akan mendapat jawapan positif daripada beliau minggu depan.
“Ini akan diadakan dengan bantuan polis. Ini yang dikatakan sebagai positif... dan, saya mahu kekal positif sebab itulah yang terbaik bagi semua,” katanya lagi.
WRLR BLOG
SELAMAT DATANG BUAT SEMUA DI BLOG LAMAN PUTERA™
MENULIS BUKAN KERANA NAMA,PANGKAT N KUASA KERANA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN DAN MENYATAKAN KASIH SAYANG N MENEGAKKAN KEBENARAN DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA...
Pengikut
Khamis, 30 Jun 2011
9 Panduan Ringkas Peserta BERSIH 2.0
DI BAWAH AKAN PUTERA PAPARKAN 9 PANDUAN RINGKAS UNTUK PESERTA BERSIH 2.0 PADA 9 JULAI NANTI OLEH DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA...
9 PANDUAN
SEMOGA INI MENJADI PANDUAN UNTUK KITA SEMUA TURUN PADA HIMPUNAN BERSIH NANTI.....
P/S:
1..JANGAN BUAT BENDA2 TAK ELOK PULAK NANTI...KORANG SEMUA KENA JAGA
KESELAMATAN DIRI SENDIRI N SEMUA ORANG..
2..JANGAN BAWA SEBARANG SENJATA SEPERTI PISAU,KAYU HOKI N MACAM2 LAGI LA YANG BOLEH MENCEDERAKAN ORANG LAIN..
KITA BUKANNYA PERGI UNTUK BERPERANG KITA HANYA UNTUK MENYAMPAIKAN HASRAT KITA JA...JADI JAGA KELAKUAN KITA,BAHASA KITA N MACAM2 LAGI LA....
Laman Putera™
http://puterakeadilan2.blogspot.com/Putera Keadilan

Jom pekena kopi BERSIH....
hey rakan2 seperjuangan ku Jom pekena KOPI BERSIH DULU....Rasa2 nya polis nak angkot juga ka kopi nie??hahahaah
Pakai baju kuning pun kena tangkap, terbaru Dr Lim Boon Chai ditangkap kerana memakai baju kuning..tak ke gila namanya...
Kini di Penang Kopi BERSIH pula dijual.. Eloklah diminum oleh polis apco dan umporno baru boleh BERSIH hati..[sharpshooter]

Provokasi umno terhadap BERSIH...
Banyak sungguh pihak yang nak sabotaj perhimpunan Aman BERSIH...
Semakin banyak halangan yang melanda semakin kuat la hati kami untuk nak turun hinpunan BERSIH..
Dengan segala laporan n sabotaj dibuat bermakna himpunan itu bakal mengugat periuk belanga puak2 yang tak memberi sokongan terhadap BERSIH...
Pesanan buat semua:Usah la korang gentar n takut dengan segala ancaman...Kerana bukan semua suka dengan kebaikan sesetengah individu...
Provokasi umno mensabotaj perhimpunan Aman BERSIH.Risalah ini di jumpai di sekitar Wangsa maju.Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"
cisss sungguh tak guna umno ni.nampak sangat takut dgn kebangkitan rakyat.bila rakyat cerdik,dia tahu umno ni adalah parti jahiliyah dan suka memperbodohkan rakyat,kalau takut nak turun 9hb ni cakap awal2.jgn main KOTOR macam ini.....

Selasa, 28 Jun 2011
Serbuan HQ PKR dengan tujuan supaya membatalkan himpunan BERSIH
![]() |
TEAM PATRIOT UMNO MALAM TADI BERHIMPUN DI DEPAN IBU PEJABAT PKR, Tropicana.UNTUK MEMBAKAR IBU PEJABAT PKR ATAU MENAKUT-NAKUTKANPEMIMPIN PARTI ITU..
Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka.“Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis,” soal beliau...
Putera juga hairan dengan tindakan umno yang tak suka dengan perhimpunan Bersih 9Julai nanti."Menagapa sampai ada SEBANYAK LEBIH KURANG 1500 LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH PELBAGAI PIHAK TERUTAMANYA UMNO..Mengapa begitu banyak laporan yang di buat????soal Putera..
Jangan ingat Arman sorang je yang heran,putera lagi la heran dengan kebodohan puak2 umno yang DULU,KINI N SELAMANYA sentiasa bodoh...
Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Sekumpulan besar Pemuda Umno berhimpun di depan ibu pejabat PKR, Tropicana, di sini malam tadi bertujuan supaya Bersih membatalkan hasratnya untuk menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini.Bagaimanapun, bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah menafikan tujuan ‘serbuan’ Pemuda Umno itu untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.
“Kita beritahu PKR supaya membatalkan perhimpunan Bersih kerana ia membawa kesan buruk kepada negara kita. Kita bimbang kalau Bersih buat perhimpunan nanti ada bangunan yang terbakar. Bukan kita suruh bakar bangunan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Arman yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Unit Pidato BN menegaskan bahawa beliau tidak mengeluarkan suara pun dalam perhimpunan itu malam tadi.
Menurutnya, yang bercakap ialah Lokman Nor Adam, Pengerusi Unit Pidato BN, Ketua Pemuda Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Kalau orang kata saya bercakap itu tidak betul. Tetapi saya datang dan berada dalam perhimpunan tersebut, malahan saya berjabat tangan dengan Rozan Azen Mat Rasip (timbalan ketua penerangan AMK),” tambahnya.
Arman berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan ahli Pemuda Umno di depan ibu pejabat PKR di Tropicana di sini malam tadi.
Mengikut laporan seramai 300 Pemuda Umno berhimpun tetapi Arman mendakwa jumlahnya mencecah 800 orang.
Baju Patriot
“Kita kira berdasarkan jumlah 800 helai baju Patriot berwarna merah yang diberikan kepada ahli Pemuda Umno yang datang ke ibu pejabat PKR malam tadi. Itu tidak kira lagi ramai Pemuda yang tidak mendapat baju Patriot kerana kehabisan,” tambahnya.
Arman berkata, tidak ada sebarang kekacauan berlaku dalam perhimpunan tersebut. Tidak ada cermin kereta yang dipecahkan dan tiada semburan cat pada ibu pejabat PKR.
“Bila polis datang dan minta kita bersurai, kita minta lebih lima minit untuk berucap dan kemudiannya bersurai,” katanya.
Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka.
“PKR kata berhimpun dan berucap boleh kerana ada dalam perlembagaan negara tetapi mengapa Pemuda Umno berhimpun mereka marah?
“Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis,” soal beliau.
Rozan membuat laporan polis jam 11.40 malam tadi selepas kumpulan itu bersurai.
Ahad, 26 Jun 2011
Najib:anak jantan atau betina??
Buat Najib Razak kalau lu "anak jantan"lu turun sama join Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini..Tu pun kalau lu "anak jantan"
Kalau lu "anak betina"lebih baik ko letak jawatan je sebagai Perdana Menteri Malaysia,,ada brannn??
Di atas tu cabaran gua kepada Najib Razak Al-Hantuya...
Sebab-sebab gua mencabar Najib tu bukan apa,,sebab gua gatal tangan ja..
Korang nak tengok tak apa yang Najib cabar Pakatan Rakyat???
Nak tak aku tanya nie???
Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Barisan Nasional nie "anak jantan" ka???
Kalau"anak jantan"sangat nape korang teramat takot dengan HIMPUNAN BERSIH??
JAWAB JANGAN TAK JAWAB SOALAN AKU INI!!
Persoalannya siapakah pengkhianat sebenarnya??
Betul ka penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat??
Di bawah ini adalah kata2 orang yang tak berpelajaran terhadap penganjur BERSIH!!!
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.
Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.
“Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?”
“Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan,” tanya beliau.
Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.
Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.
Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.
“Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.
“Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya.
Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar??
Di bawah ini adalah kata2 orang yang tak berpelajaran terhadap penganjur BERSIH!!!
Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.
Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.
“Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?”
“Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan,” tanya beliau.
Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.
Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.
Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.
“Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang,” katanya.
Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.
“Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya.
Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar??
Langgan:
Catatan (Atom)
sokong BERS√H 2.0 Bersama kami..