SELAMAT DATANG BUAT SEMUA DI BLOG LAMAN PUTERA™
MENULIS BUKAN KERANA NAMA,PANGKAT N KUASA KERANA SIFAT KASIH PADA SESAMA INSAN DAN MENYATAKAN KASIH SAYANG N MENEGAKKAN KEBENARAN DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA...

Pengikut

Selasa, 19 Julai 2011

"SUNGGUH KEJAM, TANAH ADAT KAMI DIRAMPAS."

Kerajaan Barisan Nasional Sabah disifatkan lebih kejam daripada Israel kerana bertindak merampas tanah adat Anak Negeri Sabah untuk diluluskan kepada konglomerat perladangan sehingga rakyat Sabah menjadi pelarian di negeri sendiri. Rampasan tanah khususnya di kawasan Pedalaman Sabah yang dilakukan Konglomerat berkenaan dengan subahat Jabatan Tanah dan Ukur semakin menjadi-jadi; tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusian terhadap sesama insan. Senario ini banyak berlaku di kawasan Keningau, Pensiangan, Tongod, Ranau dan di tempat-tempat lain; termasuk di Kampung Bawang dan Kampung Tangkarason di Beluran.












Seorang penduduk pedalaman dihimpit masalah ini, Jakiy Tayan Taja menghubungi Sabahkini.Net meminta agar isu rampasan tanah di kampungnya didedahkan untuk pengetahuan umum dan menagih simpati rakyat Sabah.
Menurut Tayan, Kampung Bawang diasaskan oleh O.T Linotupan Santopo pada 1946 lagi sebagai penempatan perkampungan untuk orang Sungai di Sugut agar tidak merempat di tanah air mereka sendiri. Manakala Kampung Tangkarason pula diterokai sebagai penempatan perkampungan pada 1977 oleh Majupi OT Linotupan.

“Tindakan kejam Jabatan Tanah dan Ukur merampas tanah adat yang diusahakan Anak Negeri sejak sekian lama tanpa sebarang pampasan adalah terlalu kejam, seiras dengan Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestine di Semenanjung Gaza,” kata Tayan yang meyakini Wakil Rakyat turut bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur, meluluskan tanah adat kepada syarikat besar daripada Semenanjung.

Tegas Tayan, Kerajaan dan Wakil Rakyat BN sekarang terlalu mengagung-agungkan dan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada membela kepentingan Orang Asal Sabah sehingga bukan sahaja hak mereka dirampas; malah terpinggir serba serbi.

Dengan pemilikan lebih 90 % kawasan ladang kelapa sawit oleh Konglomerat daripada Semenanjung Malaysia, kata Tayan, maka hak Anak Negeri semakin terhakis dan sukar ditebus semula; terutama apabila Kerajaan BN membenarkan penggunaan Sijil Anak negeri Palsu.

Katanya Tayan lagi, rakyat Sabah marah kerana sehingga kini seluas 2,465 ekar tanah adat di Kampung Tangkarason telah dirampas oleh syarikat luar dengan izin Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur; namun kerajaan BN mendiamkan isu penting ini.

“Sekarang pemimpin kerajaan BN/UMNO sombong dan bongkak terhadap para penduduk asli tempatan sejak BN/UMNO mempunyai Fixed Deposit 1.2 Juta PATI yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana PATI adalah sebagai penentu kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti (PRU-13),” ujar Tayan yang kesal kerana tidak ada pemimpin BN yang berani membela Anak Negeri yang ditindas.

[SabahKini]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

1)Putera tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang di hantar pembaca atau di cetak semula di blog ini.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk menghina agama,spam n provoke akan di padam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan
Putera, sila email ke
putera.pr15@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sokong BERS√H 2.0 Bersama kami..

sokong BERS√H 2.0 Bersama kami..